TARIKH SERAHAN TAHUNAN(ANNUAL SUBMISSION) KEPADA SSM

SERAHAN TAHUNAN (ANNUAL SUBMISSION)

Secara amnya, annual submission memberikan gambaran asas tentang sesebuah syarikat. Secara terperinci, annual submission merangkumi maklumat berikut

  • Alamat pejabat berdaftar
  • Alamat pejabat perniagaan
  • Alamat pejabat cawangan (sekiranya ada)
  • Aktiviti-aktivi perniagaan prinsipal
  • Jumlah modal berdaftar yang dibenarkan
  • Jumlah modal berbayar
  • Tanggungan-tanggungan berdaftar dengan SSM (iaitu aset syarikat yang dicagarkan)
  • Pengarah-Pengarah Syarikat
  • Setiausaha Syarikat Dilantik
  • Pemegang-Pemegang Saham

DOKUMEN SERAHAN TAHUNAN (ANNUAL SUBMISSION)

Terdapat 3 jenis dokumen yang perlu disediakan untuk annual submission

1.ANNUAL RETURN
Annual Return mengandungi maklumat asas mengenai syarikat seperti alamat pejabat, jumlah modal berbayar, nama pengarah, aktiviti syarikat, setiausaha syarikat, dan auditor syarikat

Serahan perlu dilakukan dalam masa 30 hari dari ulang tahun penubuhan syarikat

Penalti tidak melebihi RM5000 bagi kelewatan dan denda tidak lebih dari RM 1000 bagi setiap hari yang terlebih tarikh serahan


2. DIRECTOR REPORT
Director Report mengandungi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pengarah seperti pertukaran pengarah, pengangan pengarah dan maklumat aktiviti syarikat

Serahan perlu dilakukan bersama-sama AUDITED REPORT

Penalti tidak lebih dari RM50,000 atau penjara tidak lebih dari satu tahun bagi setiap kesalahan

3. AUDITED REPORT
AUDITED REPORT adalah penyata kewangan yang terlah diaudit oleh juru audit bertauliah.

Bagi syarikat di tahun pertama penubuhan, terdapat 18 bulan dari tarikh penubuhan untuk serahan kepada SSM

Bagi tahun berikutnya, terdapat 6 bulan dari tarikh berkakhir kewangan untuk serahan kepada SSM

Penalti tidak lebih dari RM50,000 atau penjara tidak lebih dari satu tahun bagi setiap kesalahan

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started