KOMITMEN BULANAN DAN TAHUNAN SYARIKAT SDN BHD

Terdapat 3 jenis kos syarikat sdn bhd iaitu permulaan, bulanan dan tahunan

KOS PERMULAAN

Disebut juga sebagai yuran penubuhan syarikat. Ia merupakan bayaran yang pertama  kali dikenakan oleh syarikat setiausaha ketika anda mula hendak menubuhkan syarikat sdn bhd. Bayaran ini dikenakan hanya sekali sahaja sepanjang hayat syarikat sdn bhd anda
Anggaran kos: Bermula dari RM 1,500

KOS BULANAN

Yuran Syarikat Setiausaha
Semua syarikat sdn bhd diwajibkan oleh Akta Syarikat 2016 untuk melantik sekurang-kurangnya satu syarikat setiausaha. Yuran syarikat setiausaha ini perlu dibayar disebabkan perlantikan mereka dan ianya perlu terus dibayar selagi mana syarikat sdn bhd anda masih wujud
Anggaran kos: Bermula dari RM 50

Penyediaan Laporan Akaun Syarikat
Untuk penyediaan laporan akaun syarikat, anda boleh memilih untuk menggaji akauntan ataupun mengambil khidmat akauntan professional yang menyediakan perkhidmatan penyediaan laporan akaun syarikat. Kos penyediaan laporan akaun syarikat ini bergantung kepada samada syarikat anda mempunyai banyak atau sedikit transaksi jualan
Anggaran kos: Bermula dari RM 100

KOS TAHUNAN

Menghantar Laporan Tahunan ke SSM
Setiap tahun, semua syarikat sdn bhd perlu menghantar satu penyata tahunan ke SSM selewat-lewatnya 30 hari selepas ulangtahun penubuhan syarikat tersebut. Penyata ini perlu disediakan dan dihantar ke SSM oleh syarikat setiausaha.
Anggaran kos: RM350-RM550.

Menyediakan Laporan Audit Akaun
Semua syarikat sdn bhd perlu melantik juruaudit bertauliah yang mana kerjanya adalah menyediakan satu laporan audit akaun syarikat setiap tahun dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh tahun kewangan berakhir syarikat. Kos penyediaan laporan audit akaun syarikat ini bergantung kepada samada syarikat sdn bhd tersebut dalam kategori aktif atau dormant beserta jumlah jualan tahunan.
Anggaran kos: Bermula dari RM 1,500

Menghantar penyata cukai ke LHDN
Sebagaimana entiti perniagaan lain, syarikat sdn bhd juga perlu membayar cukai (jika ada). Pun begitu, sebelum cukai dibayar, syarikat sdn bhd perlu terlebih dahulu menghantar satu penyata jumlah cukai pada tahun tersebut kepada pihak LHDN dalam tempoh 7 bulan dari tarikh tahun kewangan berakhir syarikat.
Anggaran kos: Bermula dari RM 1,000

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started