MAKLUMAT ASAS YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAFTAR SYARIKAT

  • Nama cadangan dikemukakan sekurang-kurangnya 3 nama pilihan untuk dipohon sebagai nama syarikat di SSM. Carian nama syarikat perlu dilakukan pada peringkat awal. Dapatkan panduan pemilihan nama syarikat di 10 Tips Nama Syarikat Unik
  • 3 aktiviti utama perniagaan yang bakal syarikat jalankan.
  • Jumlah modal saham atau syer yang akan dilaburkan kedalam akaun syarikat bagi tujuan untuk syarikat memulakan perniagaan.- wajib
  • Peratusan syer yang bakal dipegang oleh setiap ahli pemegang saham.- wajib
  • Nama bank serta alamat bank dimana akaun syarikat akan dibuka.
  • Nama penandatangan cek syarikat.
  • Salinan Kad Pengenalan setiap ahli syarikat iaitu Lembaga Pengarah Syarikat serta Pemegang Saham bagi warganegara Malaysia dan salinan pasport bagi warganegara asing- wajib
  • Alamat kediaman terkini pengarah dan pemegang saham dan mestilah di Malaysia- wajib
  • Alamat utama perniagaan dan cawangan jika ada – wajib
  • No telepon dan juga no telepon bimbit serta alamat e.mail setiap pengarah dan pemegang saham syarikat.

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started